EXO'rDIUM in Malaysia

*OMG tangan nervous dah lama tak update blog*

Hai salam.

Em mana nak start dulu eh. Ok first rasa penting update kali ni sebab taknak lupa walau sedetik cuma lol. Yeap kpopers will know this better! Sebenarnya tahun lepas Exo'luxion in Malaysia dalam bulan March jugak lah, EXO memang ada datang buat concert. Bad news: aku tengah practical kat Kuantan masa tu. Sumpah macam pasrah tahun lepas tak dapat attend concert EXO haha lagipun tahun lepas mana ada $$$ sebab masih bergelar studeng. Mary and Tiramin knew how 'sengsara' I was. Aku macam "it's okay tyra, dapat hirup udara yang sama di Malaysia ni dengan EXO pun dah okay". Malam concert EXO tu aku gigih topup buat data baru sebab nak live online dengar concert EXO. Tahu noob haha...


And last year dalam bulan 11/12 camtu gak lah, dapat tahu yang EXO nak datang Malaysia bulan March 2017. Masa ni dah kerja and ada $$$ sendiri heheh. Terus whatsapp dengan my cousins yang EXO-l jugakkkk. Plan asal nak pegi with my cousins berempat lah (aku, nonoi, leya, laila) tapiii disebabkan leya dah kahwin and weh! husband's first kot! haha so leya tak dapat pegi. Paihtu laila pulak tak dapat join sebab duit gaji dia dah melabur ke lain. OK! aku dengan nonoi jeeee ok ok ok. Yang nonoi ni mmg semangat lebih weh dari aku kalau bab EXO haha cerita sedih si nonoi ni tahun lepas punya concert dia kata yang dia tak tahu pun EXO nak datang. Tahu-tahu je EXO dah sampai Malaysia lol kesian...

So kitorang memang dah target nak pegi this year punya concert. Sebab macam even ada rezeki pegi Korea keee nanti belom tentu dapat jumpa EXO depan mata hahah. Sumpah aku terima kasih banyak kat nonoi ni haa sebab dari ticket, t-shirt, lightstick semua dia yang uruskan haha aku cuma bank in duit je ke dia sebab busy weh kerja. tak mampu uruskan semua hihi thanks noi lebiuuu :-*

Jumaat 17/3/2017
Gerak dari Taiping ke Kolumpo. Thanks leya and husband ambik I kat TBS heee~  
Sampai malam tu pening kepala dok bincang dengan nonoi nak pegi stadium merdeka pagi esok naik apa lol last minit pulak Paksu (ayah nonoi) tak bagi pinjam kereta. Tak kisah sebenarnya naik komuter tapi fikir lepas habis concert mesti habis dalam pukul 11.30 malam camtu pastu cam tak sempat je nak kejar lrt bagai. 

Sabtu 18/3/2017
Pagi tu siap macam biasa tapi dalam hati cam berharap gila Paksu kasi pinjam kereta lol. Siap-siap pakai tudung and Maksu bekal kan nasi lemak lagi hahah pastu tetiba Maksu kata Paksu kasi guna kereta tapi pastikan air kereta cukup. Finally YES!!! Haha thanks paksu! And for the first time aku drive kereta dari Shah Alam-Kolumpo omg I cant belive it! hahah Actually aku yakin je nak bawak kereta orang sebab lepas dapat lesen haritu terus guna kereta boss untuk pergi ke mana-mana haha so macam ok je yakin boleh bawak.

Alhamdulillah masuk kawasan Kolumpo, kitorang park kereta dekat Bangsar (kawasan rumah toksu) pastu naik LRT dari Bangsar ke LRT Hang Tuah. Macam takde lah jauh sangat. Selang tiga stesen LRT jeee. Lepastu dalam pukul 10am sampai Stadium Merdeka, cari dealer ticket yang tolong belikan untuk kitorang haritu.
YEAYYY OUR TICKETS
Ya ampun masa tu sumpah dah ramai orang. baru pukul 10pagi okay PAGI. Concert pukul 8malam japgi hahahah. Pastu kitorang ada lah kenal-kenal dengan EXO-l yang lain. Tepi-tepi jalan berderet kedai jual merchandise EXO. Aku dengan nonoi ambik jalan selamat iaitu NOPE jangan membazir duit beli benda yang ko pakai sekali je pastu simpan hahahah orang lain meriah dengan kipas, banner, cap, baju bias masing-masing. Aku dengan nonoi ada lightstick kecik je weh okbai

INI JE MAMPU HUHU
Tapi EXO-l baguih. Depa banyak bagi freebies EXO kat kami masa tu Ya ampun bersyukur sangat tauuuu
 THANKS EXO-L SEKALIAN YANG BAIK HATI. WE ARE ONE!

Dah kalau kau sampai stadium pagi and concert dia malam nanti, kau nak buat apa dari pukul 11am sampai 6pm (pukul 6petang baru boleh masuk stadium) huhuhu. Yeap sumpah worst part bila kau pegi concert ni adalah MENUNGGU. Kitorang rasa macam nak pitam okay MENUNGGU selama 7jam itteww dengan sesak umat manusia. Bau-badan-berpeluh-masam-manusia tak payah cerita lah huwaaaa memang sadis hahah. Sambil tunggu tu kitorang makan, solat (jangan risau, ada surau), main phone sambil dengar dari luar je EXO rehearsal and sound check. Weh dengar suara EXO dari luar stadium pun EXO-l dah cranky (aku lah tu) hahaha

Tepat pukul 6petang kitorang dibenarkan masuk stadium selepas berperang dengan pakcik makcik RELA yang kejap suruh kitorang duduk pastu berdiri duduk balik pastu berdiri weh penattt! Masuk je stadium, aku amazed weh tengok stage besar macam WHAT IS THIS GAIS?!!! THE HUGE STAGE I MEAN

UNTUNG KORANG YANG ROCK ZONE BOLEH TENTANG MATA DENGAN OPPAs

Dah masuk stadium pukul 6 tu then nak tunggu concert pukul 8 rasa macam ya ampun berdegup jantung laju tunggu abang-abang keluar di stage ittewww

And seriouslyyyyy, aku dengan nonoi tak tangkap gambar banyak pun haritu weh. Tak tahu lah kenapa. Aku plan nak tangkap gambar OOTD haritu pun takdeee huwaaaaa. bila masuk stadium pun kitorang macam cool jee duduk tengok stage sambil main phone. Orang lain semua selfie and bergambar berlatar belakang kan stage ittew. hahahahah weird us!

TANGKAP GAMBAR PEMANDANGAN WAKTU SENJA SEBAB SUBHANALLAH CANTIK!


AND FINALLY GAISSSSS
.
.
.
IT'S A SHOW TIMEEEEEEE!!!!!!!

Nonoi and I enjoyed the performances by EXO that day yeay!
They present to us 37 songs like sumpah aku rasa macam tak cukup je. I WANT MORE! hahaha

To me, THEY ARE LOVE

I dont know if uols can play this video or not. But this part is the most beautiful memory that I really like! WE SANG BIRTHDAY'S SONG TO XIUMIN TOGETHER WITH EXO


                 
MY BIAS EVERYONEEEEE. HYE ABANG!

LAST SONG AND LAST PERFORMANCE BY EXO FOR THAT NIGHT I'M CRYINGGG

Sorry guys. I will not sharing all the videos since whoops that's mine eheheheheh so....yes till now, I still can't move on. First and last concert tapi bila rindu EXO, rasa macam nak pegi lagi je next year hahaha. Thanks EXO for being cheeky all the night and oh they love rain in Malaysia. Since Malaysia panas and aku dgn nonoi macam "harap-harap lah all members EXO tak cranky sebab cuaca" and yass malam tu semua mood baekkk sebab hujan renyai so they love it! Plus Malaysia was the one and only concert outdoor stadium. So special meh!

ONE AND ONLY WEFIE WE HAD THERE haha MUKA BERMINYAK TAHAP APE DUA-DUA

Habis je last performance terus lari kejar LRT eventho hati and minda masih di stadium lagi haha. Alhamdulillah sempat naik last train and masuk kereta dengan selamat. Nervous gak nak drive tengah malam tu sebab risau lah kan kot-kot jadi anything kat highway kepe. But syukur ya Allah sampai rumah maksu dengan selamat:)


#stilltakbolehmoveonlagi
#macammananakmoveon
#hariharidengarlaguexolepastuteringatconcertharituhuwaaaa